• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anthony Loke Orang Yang Ada Prinsip – PMX Anwar

oleh Mynewshub
21/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anthony Loke Orang Yang Ada Prinsip – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook seorang yang berprinsip.

Menurut beliau, Anthony Loke konsisten membantah peraturan yang boleh menberi gambaran seolah-olah kerajaan lemah atau longgar terhadap amalan rasuah.

“Saya faham sebab dia ni orang yang ada prinsip dan dia memang daripada awal konsisten bantah peraturan yang boleh beri gambaran, seolah-olah kita ini lemah atau longgar terhadap amalan rasuah.

“Terutama bila kita ambil tindakan yang banyak yang lain termasuk perasuah-perasuah kecil,” katanya seperti dilaporkan media semalam.

Beliau mengulas pengumuman Anthony Loke untuk meletakkan jawatan sebagai menteri susulan pengampunan bersyarat yang diberi kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menjalani tahanan di rumah.

Anwar menyatakan bahawa beliau akan mendengar penjelasan Anthony Loke sebelum membuat keputusan mengenai peletakan jawatan tersebut

Dia dah maklum pada saya. Saya belum “sempat bincang apa-apa lagi. Saya kena dengar pandangan dia.

“Jadi lebih baiklah saya jumpa dia, dengar pandangan dia dan baru saya boleh bagi keputusan,” katanya.

Setiausaha Agung DAP itu dilaporkan berada di Beijing, China bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pengangkutan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beberapa memorandum persefahaman penting akan ditandatangani semasa mesyuarat APEC tersebut.

Beliau kemudian akan ke Shanghai untuk menyertai rombongan Perdana Menteri sebelum kembali ke Malaysia bagi menyelesaikan urusan peletakan jawatannya. – MYNEWSHUB

Tags: Anthony LokeanwarorangPMXprinsipYang Ada
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Menitis Air Mata Kenang Perjuangan Reformasi

PMX Anwar Menitis Air Mata Kenang Perjuangan Reformasi

21/09/2026
0

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebak ketika mengenang kembali perjalanan panjang perjuangan Reformasi bersama isteri,...

Wong Chen Persoal Mengapa Anthony Loke Yang Letak Jawatan

Wong Chen Persoal Mengapa Anthony Loke Yang Letak Jawatan

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mempersoalkan mengapa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd