• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Diikat, 3 Kereta dilarikan Di Sungai Petani

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai kereta berdepan detik cemas apabila diikat oleh empat lelaki yang memecah masuk premis itu Pusat Perniagaan Amanjaya, di sini awal pagi ini.

A. Arumugan, 58, berkata ketika kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, dia sedang duduk membaca surat khabar di hadapan kedai sebelum didatangi empat pencuri terbabit yang menaiki sebuah kereta putih.

“Masa saya duduk di luar, saya lihat sebuah kereta berwarna putih lalu sebelum memberhentikan kereta di tepi kedai. Sebaik berhenti mereka terus meluru ke arah saya dan meletakkan pisau di bahagian leher sebelum mengarahkan supaya tidak membuat bising.

“Mereka ikat kaki dan tangan selain turut menyumbat mulut saya menggunakan kain. Mereka seret saya ke satu tempat sebelum memecahkan pintu kaca hadapan kedai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata mereka memecahkan pintu kaca tersebut menggunakan besi dan terus meluru masuk ke dalam pejabat untuk mengambil kunci kereta.

“Mereka cuba melarikan kereta yang diletakkan di dalam kedai namun tidak berjaya. Mereka keluar semula dan membawa lari tiga buah kereta jenis Nissan Sylphy, Nissan Almera dan Proton Persona.

“Selepas mereka beredar, saya berjaya melepaskan diri dari ikatan dan terus memaklumkan kejadian kepada pengurus kedai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan daripada pemilik kedai berhubung kes curi itu dan menurutnya dianggarkan pemilik kerugian RM229,000. – BERNAMA

Tags: Kes Curipengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd