• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Seorang Remaja Lemas Di Pantai Desaru Dijumpai Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Mayat seorang daripada dua remaja lelaki yang dipercayai lemas di Pantai Awam Desaru, Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi semalam ditemui pada pukul 10.40 pagi ini.

Ketua Balai Bomba Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata mayat itu ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

“Mayat J.Moventhan, 15, dilihat terapung kira-kira 150 meter dari pantai dan anggota bomba dapat membawanya ke pantai untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Fadli berkata seorang lagi mangsa, N. Harishwaran, 15, bagaimanapun masih belum ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat dua remaja itu ditangguhkan lewat malam tadi atas faktor keselamatan dan disambung semula pada pukul 7.40 pagi ini.

Bagaimanapun, Mohd Fadli berkata keadaan laut bergelora hingga mengakibatkan ombak setinggi tiga meter hari ini menyukarkan pencarian menggunakan bot penyelamat di perairan itu dan operasi hanya tertumpu di sekitar pesisiran pantai.
 
Seramai 17 anggota bomba, lima polis bantuan, enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan dua polis marin terlibat dalam operasi itu hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi semalam, kedua-dua mangsa ke pantai berkenaan bersama lapan rakan mereka dengan menaiki basikal.

Tidak lama selepas mereka mandi di situ, hujan serta angin mula melanda menyebabkan ombak semakin tinggi dan lapan daripada mereka berjaya berenang ke pantai.

Moventhan yang berasal dari Skudai dan Harishwaran berasal dari Taman Bukit Indah, di sini bagaimanapun didapati hilang dan saksi menyatakan kedua dua remaja itu dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam. – BERNAMA

Tags: lemasMayatremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd