• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Bersatu Padu Hadapi Cabaran 2016

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap umat Islam meletakkan agenda perpaduan sebagai teras utama dalam menghadapi cabaran tahun 2016.

Titah baginda, perpaduan umat Islam begitu penting bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat global.

Menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, baginda bertitah demikian semasa menerima menghadap Imam Masjid Nabawi, Madinah, Al-Sheikh Dr Abdul Muhsin Al-Qasim di Bilik Mawar, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Imam itu kini dalam rangka lawatan kerja selama seminggu ke negara ini sehingga Isnin ini dan dijangka turut melawat Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah hanya perpaduan umat Islam sejagat yang mampu membina kekuatan untuk menghadapi pelbagai cabaran.

“Tahun 2016 ini haruslah menjadi titik tolak untuk agenda perpaduan,” titah baginda pada majlis yang berlangsung selama hampir dua jam itu.

Selain agenda perpaduan, baginda dan Dr Abdul Muhsin turut berbincang mengenai kerjasama strategik membabitkan kepentingan umat Islam di Perlis dan Madinah.

Turut bersama mengiringi baginda pada majlis itu ialah Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut siaran media itu Dr Abdul Muhsin mempunyai hubungan erat dengan baginda melalui MAIPs dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan pernah melawat Perlis pada 2014.

Baginda juga pernah meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan di Masjid Nabawi ketika mengerjakan umrah awal tahun lepas.

Hadir sama di majlis mengadap tersebut ialah Penasihat Agama Arab Saudi ke Malaysia Syeikh Abdul Rahman Al-Harfi. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlisumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd