• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Keputusan Kabinet Hentikan Sementara Perlombongan Bauksit

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu menyokong penuh langkah drastik Kabinet yang menghentikan sementara perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang, ekoran pelbagai isu alam sekitar yang timbul akibat aktiviti perlombongan bahan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia adalah langkah terbaik yang diambil kerajaan bagi meredakan ketegangan yang timbul sebelum satu kaedah perlombongan yang terbaik diperoleh.

“Sebenarnya perlombongan ini tidak ada masalah kalau kena caranya dan kerajaan negeri amat menyokong langkah Kabinet itu.

“Terengganu sendiri telah mengambil beberapa tindakan termasuk tidak membenar kegiatan perlombongan itu dan meningkatkan lagi pengawalan di kawasan yang terbabit.

“Kita juga menghantar surat bantahan kepada kerajaan Pahang untuk menghalang laluan kenderaan yang membawa bauksit ke pelabuhan Kemaman,” katanya kepada pemberita selepas program Jom Kembali Ke Sekolah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di sini Sabtu.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga sedang mengkaji dari segi perundangan untuk tidak membenarkan pelabuhan Kemaman dijadikan tempat untuk mengeksport bauksit.

“Perkara ini kita akan teliti terlebih dahulu dengan mendapatkan pandangan dari segi perundangan sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai Pegawai Teknologi Maklumat (IT) yang ditempatkan di sekolah untuk pengawalan e-Book, Ahmad Razif berkata, kontrak mereka akan disambung berasaskan prestasi cemerlang pegawai terlibat.

“Kalau mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik, tidak menepati kehendak kerajaan, maka kontrak mereka tidak akan disambung kerana ia kena ikut peraturan.

“Jawatan itu adalah kontrak tahun ke tahun dan ia menjadi hak kerajaan untuk tidak menyambung berdasarkan kepada prestasi mereka,” katanya.

Katanya, jawatan tersebut kini telah pun dimansuhkan, namun pegawai yang kontraknya masih bersambung akan ditempatkan di jabatan dan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan. – BERNAMA

Tags: bauksitTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd