KUALA LUMPUR – Jumlah kenderaan dijangka meningkat di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada sebelah petang berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti umum sempena tahun baharu.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Bhd, setakat 12 tengah hari ini, aliran trafik di semua lebuh raya utama lancar bagi kedua-dua arah untuk laluan utara dan selatan khususnya laluan menuju ke ibu kota.
Jurucakap dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula memaklumkan tiada kesesakan dilaporkan berlaku di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

