• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Kit Siang Minta PAS Fahami Al-Quran!

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan semua pihak, Al-Quran menyatakan fitnah jenayah yang lebih buruk berbanding membunuh.

Justeru, beliau mendakwa pihaknya berasa kesal dengan tindakan pemimpin PAS yang kononnya memfitnah DAP ditawarkan RM1.2 bilion oleh Israel.

“Semua pemimpin politik diberi pengajaran yang bahawa mereka tidak boleh melepaskan diri dengan dusta atau dakwaan yang tidak munasabah.

“Menurut Al-Quran, fitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Kit Siang, DAP akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemimpin PAS terbabit dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Saya menjangkakan peguam DAP untuk memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau dua hari,” katanya.

PAS pada 30 Disember lalu menggesa DAP sebagai parti yang mendominasi Pakatan Harapan menafikan dakwaan tentang parti itu ditawarkan dana oleh Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dipetik berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan yang pernah dibuat oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu sekadar mengesahkan hubungan DAP dan Israel.

Mohd. Zuhdi berkata, DAP perlu juga menjawab pendedahan Mohamed Razali seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi.

“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya. Ketiga-tiga dakwaan ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” kata Mohd. Zuhdi. – mynewshub.cc

Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP didakwa mengelak menjawab tuduhan itu.

Pendedahan itu dibangkitkan semula oleh PAS berikutan tindakan seorang pemimpin DAP mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Beberapa pemimpin PAS lain pula menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam selama ini.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.

Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat masyarakat dunia sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu. – mynewshub.cc

Tags: Lim Kit SiangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd