• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Lakukan Pembaharuan Siaran TV, Tambah Masa Berita

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam usaha menjadi saluran berita 24 jam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memulakan lembaran baharu 2016 dengan melakukan banyak pembaharuan siaran TV, termasuk menambah masa siaran langsung berita dari Sabah dan Sarawak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata bagi inisiatif itu, RTM akan menambah jajaran berita Berita Ehwal Semasa 1 (BES1) pada sebelah pagi dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi dengan Berita Nasional 7 selama sejam diikuti ‘Selamat Pagi Malaysia‘ sehingga 10 pagi.

“Berita Nasional 7 pagi akan menambah masa siaran untuk laporan lintas langsung dari Sabah dan Sarawak kepada 15 minit untuk setiap negeri setiap hari, berbanding hanya 10 minit pada masa kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pengisian bahan dari Sabah dan Sarawak, Salleh berkata, penambahan kandungan berita termasuklah laporan aktiviti dan program yang dijalankan di seluruh negeri, laporan susulan peristiwa, isu atau pengumuman kerajaan serta laporan khas.

Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi, beliau berkata siaran berita akan memberi tumpuan kepada maklumat mengenai pilihan raya serta profil setiap kawasan yang ditandingi.

Bagi Sabah pula, Salleh berkata, RTM akan membawakan laporan pelbagai aktiviti atau isu di setiap kawasan serta mengenai keselamatan melibatkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa.

“Berita Nasional 5 yang bersiaran selama sejam dari pukul 5 petang pula membawa laporan langsung dari empat negeri setiap hari yang akan memberi tumpuan kepada isu semasa di negeri berkenaan,” katanya.

Empat negeri berkenaan ialah Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan satu negeri lain secara giliran.

Pada 1 September tahun lepas, RTM memulakan jajaran berita BES 5-10 bermula 5 petang sehingga 10 malam dengan pengisiannya termasuk siaran berita semasa, berita utama, program berbentuk majalah dan Bicarawara. – BERNAMA

Tags: RTMSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd