ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) lelaki warga Indonesia dalam Op Sapu di sebuah rumah kedai di sini awal pagi tadi.
Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata dalam serbuan kira-kira pukul 1.45 pagi itu, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas 19 warga asing di premis berkenaan.
“Kesemua PATI berusia 20 hingga 35 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah iaitu kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohamad Yusri kesemua PATI ditahan di lokap Kementerian Dalam Negeri di sini sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen, Belantik, Sik. – BERNAMA

