• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

45 Individu Ditahan Dalam Op Banteras Judi Di Sekitar Cheras

oleh Ahmad Albab
29/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 45 individu terdiri daripada operator dan kaki judi ditahan dalam Op Dadu di sekitar Cheras di sini, awal hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Unit Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/ Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman SAC Khairi Ahrasa berkata individu berusia 21 hingga 43 tahun itu ditahan dalam 13 serbuan berasingan bermula 8.30 malam semalam hingga 1 pagi tadi.

“Seramai 19 individu yang ditahan dikenal pasti sebagai penjaga premis manakala selebihnya adalah kaki judi.

“Kita turut merampas 278 komputer, 14 kerangka komputer, wang tunai berjumlah RM4,689 dan beberapa barang lain,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua premis yang diserbu dikawal ketat dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

“Premis ini menjalankan kegiatan secara sembunyi dan hanya untuk pelanggan tetap sahaja,” katanya.

Khairi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953, Seksyen 6(1)(C) Akta Judi Rumah Terbuka 1953, Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen. – BERNAMA

Tags: JUDIpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd