Seorang penyampai berita CNN yang sedang mengandung enam bulan mencetuskan kebimbangan ramai selepas pengsan ketika membaca berita.
Ketika kejadian, Poppy Harlow, 33, sedang membaca laporan berita mengenai kumpulan militan ISIS apabila dia tiba-tiba kehilangan kata-kata.
Poppy juga kedengaran seperti sukar bernafas sebelum laporan berita itu dipotong dan ditunjukkan dengan iklan.
Susulan itu orang ramai memberikan kata-kata sokongan kepada Poppy melalui twitter.
Namun selepas seketika, Poppy menjelaskan melalui twitter bahawa dia selamat.
“Kepada semua di twitter, kepada mereka yang bertanya jika saya OK, terima kasih banyak-banyak. Saya agak panas dan tidak sedarkan diri seketika. Saya selamat,’’ katanya.
Poppy bertugas dengan CNN sejak 2008 dan menjadi penyampai segmen CNNMoney.com.
Sepanjang kariernya, dia pernah menemubual Warren Buffett, Bill Gate dan CEO-CEO syarikat terkemuka lain.
Poppy dibesarkan di Minnesota dan menuntut di Universiti Columbia, menamatkan pengajian pada 2005 dengan kelulusan ijazah sains politik.