• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Cadang Hanya Gaji RM4,000 Ke Atas Perlu Bayar PTPTN

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya diwajibkan membayar semula pinjaman itu selepas gaji mereka mencecah RM4,000 sebulan.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, cadangan itu mengambil contoh amalan penghutang pinjaman pendidikan hanya mula membayar balik pinjaman apabila gaji mereka telah mencapai paras tertentu.

Kata beliau, peminjam bagaimanapun perlu mengemas kini gaji yang disahkan oleh majikan setiap enam bulan bagi memastikan mereka membayar secara potongan automatik mengikut jadual yang dipersetujui.

‘Dasar ini bertujuan untuk memastikan peminjam yang terdiri dari graduan muda dapat memulakan hidup kerjaya tanpa terlalu dibebankan dengan hutang pendidikan.

‘Setelah keadaan kewangan mereka lebih stabil, mereka akan mula dikenakan bayaran ansuran yang berkadar dengan pendapatan mereka ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas isu segelintir penjawat awam dikenakan tindakan potongan bayaran maksimum PTPTN secara automatik gara-gara tidak pernah membayar hutang tersebut walaupun telah lama bekerja.

Mengulas lanjut, Rafizi menggesa  PTPTN menghentikan amalan membuat potongan bayaran maksimum PTPTN secara automatik ke atas penjawat awam tersebut.

Menurutnya, PKR menerima aduan ramai pegawai kerajaan yang mendakwa mereka tidak dimaklumkan atau diberi sebarang amaran mengenai jumlah maksimum yang akan dipotong.

“Ini menyebabkan ada kakitangan kerajaan yang gajinya berbaki puluh-puluh ringgit setelah dibuat potongan maksimum oleh PTPTN,” katanya.

Justeru, katanya, beliau akan memfailkan satu usul di dalam sidang Parlimen Mac 2016 untuk membawa kembali isu PTPTN ke Dewan Rakyat.

Beliau turut memaklumkan akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya bagi memperjuangkan nasib peminjam PTPTN dalam tempoh terdekat. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]jqVDh40wK7o[/wpdevart_youtube]

Tags: PTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd