• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas 73 Tahun Menang Mercedes E300

oleh Ahmad Albab
12/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang warga emas tidak menyangka amalan menyimpan melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak lima tahun lepas melayakkannya memenangi sebuah kereta Mercedes E300 bernilai kira-kira RM300,000.

Kamariah Abu Bakar, 73, dari Kampung Pantai Belimbing, Alor Gajah dekat sini berkata buat permulaan ibu kepada tujuh anak itu menyimpan sebanyak RM8,000 dan kemudian menambah simpanannya setiap bulan sehingga kira-kira mencecah RM13,000 dalam tempoh tersebut.

“Makcik memang suka menyimpan walaupun sedikit makcik tetap menyimpan, simpanan tersebut hasil pemberian anak-anak setiap bulan.

“Makcik memang tidak terkejut kerana memang tahu tentang program cabutan SSP BSN ini tapi tidak menyangka akan menjadi pemenang utama bulan Oktober, memang berbaloi menyimpan sebegini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Cabutan SSP BSN Bulanan dan Tempatan di sini.

Hadiah tersebut disampaikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan majlis turut dihadiri Pengarah Perniagaan negeri BSN Roslin Marjumin.

Suri rumah itu berkata beliau mendapat makluman tentang kejayaannya memenangi hadiah cabutan utama itu melalui panggilan telefon oleh pihak BSN pada 2 Disember lepas.

Bagi pemenang Cabutan Tempatan, Tan Jun Cheng, 49, dari Bukit Katil di sini berkata memenangi Proton Axia adalah hadiah terkesan dalam hidupnya kerana sebelum ini tidak pernah memenangi hadiah cabutan bertuah walaupun nilai kecil.

Katanya beliau hanya menyimpan RM3,000 menerusi SSP BSN dalam masa 10 tahun dan tidak menyangka amalan tersebut membawa tuah kepadanya.

“Saya tidak sangka akan memang kereta. Walaupun hanya Axia tetapi ia sudah kira mewah untuk saya dan memang berbaloi menyimpan dengan SSP BNS,” kata guru yang mengajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor.

Tan berkata kereta berkenaan akan digunakannya bagi menggantikan kereta jenama Hyundai yang telah digunakan hampir tujuh tahun lepas untuk berulang-alik antara Melaka dan Batu Pahat pada waktu cuti.

Sementara itu, Roslin berkata hadiah cabutan berkenaan merupakan penghargaan BSN kepada pelanggan yang menyimpan menerusi SSP BSN selain sebagai galakkan kepada mereka untuk terus menyimpan pada masa hadapan.

“BSN sentiasa menghargai pelanggannya dan pelbagai cabutan bertuah dibuat antaranya cabutan bertuah bulanan, tempatan dan mingguan  yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk SSP bernilai RM1,000,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]IHcZCq0wMwM[/wpdevart_youtube]

Tags: warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd