• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Hulu Terengganu

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Sebanyak dua pusat pemindahan dibuka di Hulu Terengganu sehingga pukul 12 tengah hari ini dengan jumlah mangsa seramai 27 orang daripada 10 keluarga.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Hulu Terengganu berkata dua pusat pemindahan tersebut melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong iaitu di Dewan Seri Putih, Kampung Tok Lawit dan Balairaya Kampung Kemat.

Banjir Di Hulu Terengganu, 17 Mangsa Dipindah

“Pusat pemindahan banjir di Tok Lawit dibuka pada pukul 9 malam tadi melibatkan 17 mangsa banjir daripada lima keluarga manakala pusat pemindahan di Kampung Kemat dibuka pada pukul 10.15 pagi ini melibatkan 10 mangsa dan lima keluarga,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat meminta penduduk di daerah Hulu Terengganu khususnya di DUN Telemong supaya berjaga-jaga berikutan hujan lebat yang turun sejak kelmarin.

“Hujan lebat boleh menyebabkan paras air sungai utama di beberapa kampung di daerah ini meningkat dan saya nasihatkan penduduk supaya bersiap sedia dan berpindah lebih awal sekiranya hujan masih tidak berhenti kerana kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku.

“Kalau dari petang hujan lebat tak henti-henti, kita nasihatkan supaya penduduk pindahlah cepat sebab kerja-kerja pemindahan dan menyelamat pada waktu malam lebih sukar. Jangan tunggu air masuk dalam rumah baru hendak pindah,” katanya.

Rozi berkata penduduk tidak seharusnya berdegil dan perlu sentiasa mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.

“Ada kes yang lalu, bila air sudah naik dalam rumah baru hendak pindah dan ini menyukarkan kerja menyelamat sebab air kadang-kadang mengalir laju dan bahaya. Kita tidak mahu perkara ini berlaku lagi.

“Bilik gerakan banjir dan pusat pemindahan sentiasa bersedia dan semua bekalan makanan lebih dari tiga hari juga telah disediakan, penduduk hanya perlu berpindah sahaja sebab apa yang penting ialah keselamatan dan nyawa,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3lSj-R3bHY8[/wpdevart_youtube]

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd