• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejadian Rakit Tenggelam Turut Meruntun Hati Wee Ka Siong

oleh Ahmad Albab
27/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kejadian rakit tenggelam di Sungai Bekok, Yong Peng, di sini, petang semalam, yang meragut nyawa empat mangsa, bukan sahaja meruntun hati keluarga dan orang ramai bahkan turut dirasai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wee berkata ini kerana kejadian itu menimpa keluarga sahabat baiknya iaitu Hairaddin Masran, 58, seorang Ketua UMNO Cawangan Kangkar Bahru yang dikenalinya sejak 11 tahun lepas.

“Saya menyifatkan kejadian ini sebagai tragik dan merakamkan takziah kepada Hairaddin sekeluarga. Sepanjang mengenali Hairaddin, beliau seorang yang rajin bekerja, komited dalam tugas serta disenangi seluruh masyarakat tempatan,” katanya.

Wee yang juga Timbalan Presiden MCA dan anggota Parlimen Ayer Hitam berkata demikian ketika ditemui pemberita di rumah Hairaddin, di Kampung Melayu Kangkar Bahru, di sini, hari ini.

Beliau yang turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga berkenaan berkata keadaan Sungai Bekok sebenarnya amat dalam walaupun kelihatan cetek kerana kerja pendalaman sungai terbabit sudah dilakukan sejurus bencana banjir besar yang melanda Johor sebelum ini.

Sehubungan itu, Wee meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung kawasan itu memberitahu para penduduk supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam, rakit kayu membawa 10 orang yang mempunyai hubungan keluarga termasuk Hairaddin, tenggelam ketika kesemua mangsa sedang menyeberang sungai tersebut untuk melihat ternakan kambing mereka di tebing sungai.

Cucu Hairaddin iaitu Muhammad Iman Naqiudin Nas Izaha, 2, dan Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izaha, 10 bulan ditemui lemas sejurus kejadian itu manakala isteri Hairuddin, Lana Ismail, 55, dan anak bongsu Hairuddin, Mohd Aiman Arif, 10, hilang.

Mayat Mohd Aiman Arif kemudian ditemui pasukan bomba dan penyelamat kira-kira dua meter dari lokasi kejadian, pada pukul 8.40 malam tadi manakala mayat Lana ditemui terdampar di tebing di bawah jambatan sungai pukul itu, 8.15 pagi tadi.

Kesemua empat jenazah itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada pukul 3.20 petang tadi.

Selain Hairaddin, mangsa lain yang terselamat adalah Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2.

Nor Diana Alisa, bagaimanapun, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kLkQzUnGBcQ[/wpdevart_youtube]

Tags: rakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Rakit Larut Catat Nama Dalam MBOR

12/11/2017
0

SELAMA – Pesta Rakit Larut 2017 di Kampung Teluk Mas, Sungai Bayur dekat sini berjaya mencatat nama dalam Malaysia Books...

Rumah Rakit Warga AS Terkandas Di Sungai Limbang

12/09/2017
0

MIRI – Rumah rakit seorang warga Amerika Syarikat dibawa arus deras pagi ini ketika dia menyusuri Sungai Limbang. Namun Jonathan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd