• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Rakit Larut Catat Nama Dalam MBOR

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Pesta Rakit Larut 2017 di Kampung Teluk Mas, Sungai Bayur dekat sini berjaya mencatat nama dalam Malaysia Books Of Record (MBOR) sebagai penyertaan peserta paling ramai dalam pertandingan rakit.

Anggota Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata acara yang memasuki tahun kelima penganjuran itu disertai 1,200 orang membabitkan 256 rakit laju dan rakit berhias yang terbuka kepada orang awam serta agensi kerajaan.

Hamzah, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, berkata antara tujuan utama penganjuran pesta rakit berkenaan adalah bagi memperkenalkan Selama kepada rakyat negara ini serta mengekalkan tradisi penggunaan rakit.

“Kita akan pertahankan penggunaan rakit yang dibuat menggunakan buluh ini agar generasi muda mengenali dan tidak melupakannya.

“Selain itu, pesta ini juga dapat menarik pengunjung dari seluruh Perak, negeri berhampiran serta negeri lain yang berminat dengan sukan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Rakit Larut 2017 di sini.

Pesta Rakit Larut 2017 turut menarik lebih 10,000 pengunjung bagi memeriahkan acara yang membabitkan laluan Sungai Siputih sejauh empat kilometer bermula dari Kampung Teluk Mas hingga pekan Sungai Bayor, Selama.

Program itu merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Larut dengan kerjasama Perbadanan Nasional Bhd., Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan JL 99 Group. – BERNAMA

Tags: rakit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Rakit Warga AS Terkandas Di Sungai Limbang

12/09/2017
0

MIRI – Rumah rakit seorang warga Amerika Syarikat dibawa arus deras pagi ini ketika dia menyusuri Sungai Limbang. Namun Jonathan...

Kejadian Rakit Tenggelam Turut Meruntun Hati Wee Ka Siong

27/12/2015
0

BATU PAHAT - Kejadian rakit tenggelam di Sungai Bekok, Yong Peng, di sini, petang semalam, yang meragut nyawa empat mangsa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd