• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 2,500 Dapat Manfaat Program Anjung Singgah Sejak 2010

oleh Ahmad Albab
27/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,485 gelandangan telah mendapat pelbagai manfaat daripada pelaksanaan program Anjung Singgah di empat lokasi seluruh negara sejak lima tahun lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata Anjung Singgah yang dilaksanakan pada 2010 oleh pihaknya menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kini beroperasi di Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang.

Menurut Rohani antara faedah yang ditawarkan kepada gelandangan yang berdaftar dengan Anjung Singgah termasuk peluang pekerjaan, membantu mencari kemudahan perumahan selain kaunseling serta bantuan kebajikan kepada yang layak.

“Pusat ini boleh juga digunakan oleh golongan gelandangan untuk membersihkan diri khususnya bagi mereka yang bakal menghadiri temuduga pekerjaan,” katanya kepada pemberita pada sesi kupasan pencapaian kementerian dan agensi sepanjang 2015 di sini baru-baru ini.

Menyentuh mengenai Anjung Kasih pula, Rohani berkata program diperkenal sejak 2006 bagi memberi tempat penginapan sementara dan selesa kepada pesakit serta ahli keluarga di hospital kini dilaksanakan di lapan hospital kerajaan.

Rohani berkata hospital terbabit adalah hospital kerajaan iaitu Hospital Selayang, Selangor; Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Pahang serta Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.

Hospital lain yang turut mempunyai program Anjung Kasih adalah Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri dan Hospital Sibu, Sarawak serta Hospital Raja Permaisuri Bainun di Perak, katanya.

Dalam pada itu, Rohani berkata program ‘MamaCare’ iaitu perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin telah memberi manfaat kepada masyarakat melalui 45,820 sesi urutan sejak diperkenal pada 2013.

“Sepanjang tempoh itu juga, program ini telah melatih seramai 425 pengamal MamaCare yang bukan hanya untuk meningkatkan kesihatan produktif wanita, tetapi memperkasa ekonomi mereka,” kata Rohani. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd