• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Sendiri Boleh Letak Jawatan Sebelum Dipecat – Van Gaal

oleh Ahmad Albab
27/12/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOUIS van Gaal mendedahkan dia sendiri boleh membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai pengurus Manchester United sebelum dipecat.

Van Gaal dilaporkan bersedia meninggalkan Old Trafford jika United terus tewas untuk kali kelima berturut-turut pada aksi bertemu Chelsea Isnin ini.

Pengurus dari Belanda itu terpaksa mencari formula terbaik agar skuadnya mampu meraih kemenangan selepas tewas 2-0 kepada Stoke pada aksi Sabtu malam.

“Bukan keputusan kelab sahaja yang memecat saya. Kadang-kala saya sendiri yang akan membuat keputusan. Saya sendiri yang akan bersuara terlebih dahulu,” ujar pengurus berusia 64 tahun itu.

Pada aksi kekalahan kepada Stoke, Van Gaal mengambil risiko buat kali pertama mengetepikan kapten Wayne Rooney dalam senarai utama skuadnya yang menyaksikan pasukan tuan rumah meraih dua gol awal melalui Bojan Krkic dan Marco Armautovic.

Rekod empat kekalahan berturut-turut United ini dianggap terburuk selepas tahun 1961.

“Keadaan semakin sukar kerana saya sebahagian daripada empat kekalahan ini, jadi semua orang menunding jari ke arah saya. Dan sudah tentu saya perlu menghadapinya.

“Bagi saya, apa yang lebih penting adalah perkara yang diberitahu secara peribadi kepada saya, dan bukannya secara terbuka.

“Tetapi saya tidak akan mendedahkan perkara itu kerana ia bukan urusan kamu.

“Saya sendiri boleh meletak jawatan tetapi ada sesuatu yang dibincangkan dengan Ed Woodward (Timbalan Pengerusi Eksekutif Manchester United), dan bukannya dengan kamu. Malah ada sesuatu yang tidak perlu saya dedahkan,” jelasnya.

Selain itu, Van Gaal belum pasti sama ada akan bersama skuad menjelang aksi bertemu Chelsea nanti.

“Kita perlu tunggu dan lihat, tetapi saya rasa ya”.- mStar

[wpdevart_youtube]8CmsHdM5lho[/wpdevart_youtube]

Tags: Van Gaal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Falcao Amat Perlukan Gol Pertama Ini – Van Gaal

06/10/2014
0

MANCHESTER - Louis van Gaal percaya kerjaya Radamel Falcao dalam Liga Perdana Inggeris sudah bermula selepas bintang Colombia itu berjaya...

Van Gaal Ulangi Minat Mahu Tambat Ronaldo

20/09/2014
0

LONDON - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menyuarakan minat untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo tetapi dia tidak mengharapkan Real Madrid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd