• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lemas Hidu Asap Dalam Saluran Air

oleh Ahmad Albab
26/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sungai Petani – Lelaki berusia 35 tahun maut selepas lemas terhidu asap di dalam saluran air berukuran 1.2 meter lebar dan 21 meter panjang ketika menangkap ikan di Batu Lintang, Tikam Batu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa, Ahmad Riduan Abd Aziz masuk ke dalam saluran itu bersama dua rakannya.

Bagaimanapun, mangsa lemas akibat terhidu asap dari enjin menyedut air yang masuk ke dalam saluran air itu, manakala dua rakannya itu selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.34 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Menurutnya, mayat hanya berjaya dibawa keluar dua jam kemudian oleh anggota bomba dari Balai Bomba Tikam Batu.

“Bomba terpaksa mengepam keluar terlebih dahulu air di dalam saluran itu sebelum pasukan penyelamat di air (PPDA) bomba masuk ke dalam untuk membawa keluar mangsa.

“Mayat kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat,” katanya. – myMetro Online

Tags: lelakilemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd