ASUNCION, Paraguay – Hakim Paraguay memerintahkan pembebasan aktres Argentina atas tuduhan menyimpan barang kemas yang dipinjam.
Hakim itu berkata, Moria Casan telah mencapai persetujuan dengan orang yang menuduhnya dan bersetuju membayar AS$18,000 (RM77,282) untuk kebajikan.
Aktres itu ditahan pada 14 Disember atas tuduhan menyimpan barang kemas bernilai AS$80,000 (RM343,476) yang dipinjamnya untuk digunakan dalam persembahan di ibu pejabat Persekutuan Bola sepak Amerika Selatan.
Casan pernah menempa zaman kemuncak apabila menjadi simbol seks pada 1970-an dan menjadi personaliti filem dan televisyen. – AP
[wpdevart_youtube]aBwsZRM4csk[/wpdevart_youtube]

