• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Tunggu Pewartaan Fatwa Sebelum Buat Keputusan

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan menunggu pewartaan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penggunaan vape dan rokok elektronik, sebelum membuat keputusan lanjut berhubung perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri akan melihatnya daripada sudut undang-undang dan keputusan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Kelantan.

“Kita kena tengok daripada sudut undang-undang dan kena semak daripada sudut pewartaan pula. Kalau telah diwartakan, ia bukan lagi di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, tapi jabatan lain.

“Saya tak boleh nak mendahului dalam perkara ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Isnin lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Mengulas rayuan peniaga vape di negeri ini yang meminta kerajaan negeri melanjutkan notis penjualan peranti berkenaan selepas 1 Jan ini, beliau berkata pihaknya sedia berunding dengan golongan itu.

“Saya masih menunggu surat rasmi daripada mereka walaupun ada dakwaan daripada peniaga yang kata telah hantar surat kepada saya untuk bincang perkara ini.

“Saya tak boleh buat sebarang keputusan berdasarkan laporan akhbar semata-mata kerana ia tidak rasmi…tapi kita sedia berunding dengan peniaga berhubung perkara ini,” katanya.

Kerajaan Kelantan pada 16 Dis lepas kekal dengan keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penjualan vape dan turut mengeluarkan notis 14 hari kepada peniaga untuk memberhentikan penjualan peranti itu di premis masing-masing.

Ditanya mengenai pembukaan panggung wayang di negeri ini, Abdul Fattah berkata ia tidak menjadi masalah jika pengusaha boleh mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Beliau berkata antara syarat yang perlu dipatuhi adalah mengasingkan tempat lelaki dan wanita, tiada tayangan pada waktu Maghrib serta bulan Ramadan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]oa8ZD5JN5Qk[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

20/05/2026
0

MAAF terpaksa guna tajuk kasar macam ini untuk tarik perhatian masyarakat Malaysia yang seolah-olah ambil mudah gejala vape mushroom. Ibarat...

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

Dadah ‘Zombi’ Dikesan Dalam Vape, JSJN Bongkar Sindiket Bernilai RM4.6 Juta

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kegiatan penjualan dadah sintetik berbahaya dikenali sebagai “dadah zombi” kini dikesan menyusup masuk ke dalam pasaran rokok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd