• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Cederakan Isteri Dalam Lif Diperintah Bela Diri

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang penjawat awam membela diri terhadap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital, dua tahun lepas.

Majistret Fitri Sadarudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Mohammad Affandi Ismail, 38, pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan dua hari untuk tertuduh yang merupakan pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu membela diri bermula 18 Februari depan.

Mahkamah kemudiannya turut menetapkan 29 Februari depan untuk keputusan kes tersebut.

Terdahulu peguam R. Palaniappan yang mewakili tertuduh dalam hujahan tambahannya berkata terdapat percanggahan keterangan oleh saksi pendakwaan pertama yang juga pengadu dan mangsa dalam kes tersebut berhubung kecederaan yang dialaminya.

Beliau berkata terdapat kontradiksi berhubung keterangan antara mangsa dan saksi mengenai kecederaan yang dialami pada bahagian tubuh badan mangsa selain tidak menolak kemungkinan mangsa mencederakan diri sendiri.

Manakala Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md. Din pula berkata percanggahan keterangan mengenai kecederaan yang dialami mangsa tidak akan mencacatkan pendakwaan terhadap tertuduh.

“Semasa di mahkamah, mangsa dengan jelas memberitahu bagaimana dia dipukul dan ia turut dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman itu turut ditunjukkan dalam mahkamah ini, tidak mungkin kecederaan itu dilakukan sendiri oleh mangsa,” katanya.

Pada 16 Ogos 2013, Mohammad Affandi didakwa mencederakan isterinya di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos, 2013.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kYaqx-pd_JU[/wpdevart_youtube]

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd