PENGAKUAN penyanyi Adira yang mendedahkan telah bergelar isteri kedua kepada seorang Datuk Seri pada Isnin, sememangnya mengejutkan banyak pihak.
BACA: Adira Mengaku Dah Berkahwin, Bergelar Isteri Kedua Datuk Seri
Sementara itu, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin mengakui tidak terkejut dengan berita perkahwinan bekas tunangnya itu.
Jelasnya, Adira bukan lagi urusan peribadinya dan dia layak untuk mengecapi kebahagian bersama lelaki pilihannya.
“Saya tahu Adira berkahwin daripada seorang kawan tetapi saya tidak terkejut kerana kami tiada sebarang ikatan lagi.
“Terpulang kepada dia kerana itu adalah kehidupannya dan sebagai rakan saya hanya boleh mendoakan kebahagiannya dan suami.
“Kehidupan berkahwin berbeza dan saya berharap dia menjaga rumah tangga dengan baik, bersikap lebih matang dalam setiap keputusannya,” katanya mStar Online.
Dalam pada itu, Shahrul turut meminta orang ramai tidak mengecam keputusan dan pilihan Adira yang berkahwin secara tiba-tiba.
Shahrul dan Adira pernah mengikat tali pertunangan pada 22 Disember 2014 namun memutuskan hubungan pada April lalu.
Berita perkahwinan Adira mula tersebar selepas madunya yang dikenali sebagai Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar di Facebook milik penyanyi itu dengan menulis bahawa dia dan Adira berkongsi suami.
Untuk makluman, Adira menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu sejak tiga minggu lalu.
Sumber: mStar Online
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sqi7xJZXJO4]
