• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MotoGP: Dovizioso Rangkul Petak Utama GP Jepun

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOTEGI – Penunggang Itali, Andrea Dovizioso merangkul petak utama perlumbaan MotoGP Grand Prix Jepun yang menyaksikan pendahulu kejuaraan, Marc Marquez terus bergelut dengan masalah mekanikal dan bermula di baris kedua.

Pelumba jentera Duncati itu mengesahkan petak pertama kedua sepanjang kariernya dalam keadaan litar kering dan akan berkongsi barisan depan bersama juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi dari Yamaha.

Rakan sepasukan Marquez dari Honda, Dani Pedrosa melengkapkan barisan depan selepas mencatat masa ketiga terpantas.

Dovizioso merakam masa 1 minit 44.502 saat, rekod baru di Litar Twin Ring Motegi dan memberikan petak pertama buat Ducati sejak kali terakhir meraihnya pada 2010.

Marquez yang mampu mengesahkan kejuaraan dunia lebih awal seandainya memenangi perlumbaan esok memulakan perlumbaan esok di petak keempat ketinggalan 0.273 saat.

Sekalipun gagal memenangi perlumbaan, pelumba Sepanyol itu masih mampu muncul juara seandainya menamatkan perlumbaan di atas Pedrosa dan bergantung kepada kedudukan terakhir perlumbaan nanti. – AFP

Kedudukan petak perlumbaan GP Jepun

MotoGP

1 Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 1min 44.502s

2 Valentino Rossi (ITA/Yamaha) +0.055s

3 Dani Pedrosa (ESP/Honda) +0.253s

4 Marc Marquez (ESP/Honda) +0.273s

5 Jorge Lorenzo (ESP/Yamaha) +0.282s

6 Andrea Iannone (ITA/Ducati Pramac) +0.352s

7 Pol Espargaro (ESP/Yamaha Tech3) +0.365s

8 Cal Crutchlow (GBR/Ducati) +0.396s

9 Stefan Bradl (GER/Honda-LCR) +0.503s

10 Bradley Smith (GBR/Yamaha Tech3) +0.542s

Tags: MotoGP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd