• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pengarah syarikat menjual kabinet daripada dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM20,200 tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Zambri Bakar melepaskan Ng Boon Han, 34, daripada kedua-dua pertuduhan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Boon Han didakwa melakukan pecah amanah wang kutipan jualan daripada M&J Renovation berjumlah RM14,200 dan wang kutipan jualan daripada J Concept berjumlah RM6,000 di Pejabat Hanlee Cabinet Sdn Bhd, No 5, Jalan PTP, Taman Perindustrian Tasik Perdana, Sepang dekat sini, antara 15 Okt 2014 dan 28 Feb 2015.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak April lalu.

Boon Han diwakili peguam Ng Chung Yee sementara Timbalan Pendakwa Raya Mohd Raimi Mohd Ramli hadir bagi pihak pendakwaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]id6TZ_JKlzc[/wpdevart_youtube]

Tags: pecah amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd