• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesilat Diminta Lebih Hati-Hati Guna Senjata Ketika Demonstrasi

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mahu semua pengamal silat yang membuat demonstrasi seni mempertahankan diri itu supaya lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Ini susulan kejadian seorang remaja yang meninggal dunia akibat terkena tikaman keris sewaktu membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di Labuan, Sabtu lepas.

Remaja Maut Tertikam Keris Ketika Persembahan Silat

Namun Presiden Pesaka Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata persatuan tidak bercadang melarang penggunaan senjata dalam pertunjukan silat kerana ia merupakan tradisi yang dipraktikkan sejak sekian lama.

Menurutnya, penggunaan keris hanya dilarang digunakan di sekolah bagi tujuan pertunjukan atau latihan.

“Saya meminta semua pesilat supaya lebih berhati-hati ketika membuat pertunjukan menggunakan keris agar kejadian tidak diingini seperti yang telah berlaku tidak berulang lagi,” katanya.

Mohd Amil Zulkarnain Jafar, 17, maut setelah tertikam oleh pasangan silatnya dengan keris ketika melakukan pertunjukan pada majlis perkahwinan di Kampung Patau-Patau, Labuan.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Kejadian seperti ini sangat jarang berlaku,” kata Mohd Ali.

Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim berkata setiap pesilat yang ingin melakukan petunjukan perlu memakai pakaian perlindung dan sentiasa diawasi jurulatih.

“Penggunaan jaket perlindung harus diperketatkan untuk mengelak perkara sebegini daripada berulang.

“Selain itu, jurulatih harus memastikan mereka yang akan membuat pertunjukan mempunyai pengalaman dalam pengunaan senjata tajam dan sentiasa dipantau persembahan mereka,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]UOJFZodxfvc[/wpdevart_youtube]

Tags: Ali Rustamsilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd