• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Astro Terus Siarkan Telefilem Biopik Saloma Seperti Biasa

oleh AK-47
12/10/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI yang kita semua ketahui, waris Allahyarham AR Tompel telah menghantar notis tuntutan kepada Astro untuk segera menghentikan penyiaran telefilem Biopik Saloma kerana mendakwa terdapat 29 babak dalam telefilem itu yang telah mencalar imej seniman terbabit.

BACA DI SINI 

BACA DI SINI 

Namun, Berita Harian melaporkan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh mengatakan pihaknya akan terus menayangkan telefilem itu seperti biasa menerusi saluran Astro First Eksklusif.

“Kami sudah membalas balik surat tuntutan daripada mereka bertarikh 8 Oktober lalu. Kami sudah jelaskan bahwa tidak berlaku perlanggaran hak intelek seperti yang diperkatakan mereka.

“Selepas merujuk wakil guaman dalaman dan luaran kami, memang jelas pihak kami tidak seperti yang disebut mereka sebelum ini. Jika mereka mengambil keputusan nak menyaman juga, itu terpulang kepada mereka.

“Hal-hal berkaitan dakwaan mereka terhadap Allahyarham AR Tompel itu kita serahkan kepada pihak guaman,” katanya.

Khamis lalu, waris Tompel mengadakan sidang media bagi menuntut Astro menghentikan segera tayangan telefilem Biopik Saloma serta memohon tuntutan maaf terbuka dibuat stesen tv berbayar itu kepada pihak mereka selain berharap ada proses rundingan secara tertutup untuk menyelesaikan perkara itu secara baik. – MYNEWSHUB

Oleh: AUDREY LEE 

Tags: FILEMmyArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd