• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli PAC Pembangkang Bohong Prosiding Ke Atas Arul Kanda?

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin pembangkang dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berbohong kepada pihak media mengenai prosiding ke atas Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang berlangsung di Parlimen pagi Sabtu.

Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Liang Teck Meng yang turut menganggotai PAC berkata, kedua-dua pemimpin pembangkang terbabit cuba mengelirukan orang ramai supaya prejudis ke atas prosiding tersebut.

“Mereka ini tiada bidang kuasa untuk cakap bagi pihak PAC seperti dipersetujui sebelum ini. Nampaknya mereka ini lebih berminat mempolitikkan prosiding itu dan bukan tentang cari kebenaran ke atas subjek siasatan PAC.

“Sebagai ahli PAC , saya benar-benar kecewa dan sedih dengan tingkah laku mereka. Ia penuh pembohongan dan mengelirukan. Saya yakin bahawa transkrip penuh prosiding itu akan mengesahkan apa yang saya katakan ini.

“Ini bahaya kerana ia akan menimbulkan keraguan mengenai integriti PAC dan ketelusan penyiasatan yang sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Teck Meng memberi contoh dua pemimpin pembangkang yang menganggotai PAC itu memaklumkan kepada pihak media sejurus prosiding itu selesai kononnya Arul Kanda gagal jawab soalan yang dikemukakan ke atasnya.

Beliau sebaliknya mendedahkan cuma satu soalan enggan dijawab Arul Kanda dalam prosiding selama tiga jam itu kerana ia berhubung tuduhan dilemparkan ke atas pihak di luar siasatan isu 1MDB seperti dilaporkan media tertentu.

Jelasnya, Arul Kanda menolak daripada jawab soalan tersebut kerana beliau tidak berada dalam kedudukan untuk ulas soalan di luar konteks laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang berkait dengan pihak ketiga serta terhasil daripada rencana media berbentuk spekulatif.

Malangnya, kata beliau, kelihatan seolah-olah organisasi media tertentu, media `online‘ berbahasa Inggeris dan Cina lebih gemar untuk mengeluarkan berita seperti yang didakwa oleh dua pemimpin pembangkang terbabit.

“Jika perkara ini berterusan, saya menggesa Speaker mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka dan mempertimbangkan untuk merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.

Anggota PAC, Tony Pua dan seorang lagi rakan sejawatannya menemui pihak media sejurus tamat prosiding 1MDB ke atas Arul Kanda pada Jumaat meskipun wakil media dilarang membuat liputan berkenaan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]-E1_zoIWZxg[/wpdevart_youtube]

Tags: Arul Kanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib, Arul Kanda Kekal Bebas Tuduhan Pinda Laporan 1MDB

Najib, Arul Kanda Kekal Bebas Tuduhan Pinda Laporan 1MDB

12/09/2023
0

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda...

Najib, Arul Kanda Bebas Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB

03/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd