• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Rumah Papan Musnah Dalam Kebakaran Di Karak

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 10 buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina, di Karak malam tadi.

Penguasa Bomba II Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Ashrul Riezal Asbar berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian dapur salah sebuah rumah di bahagian tengah sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

“Kebakaran melibatkan 41 mangsa termasuk seorang kurang upaya. Bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan. Kerugian awal dianggarkan berjumlah RM650,000,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.07 malam dan tiga pegawai, 20 anggota bersama 19 anggota bomba bantuan dari balai Karak, Bentong, Manchis, Perting, Temerloh dan Maran dikejarkan ke tempat kejadian.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Karak dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Api berjaya dipadamkan pada pukul 2.25 pagi. Antara masalah yang dihadapi ialah kawasan perumahan yang terlalu sempit dan kedudukan rumah terlalu rapat menyebabkan api marak dengan cepat,” katanya.

Ashrul Riezal berkata jabatan bomba telah menubuhkan Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) di lokasi bertujuan mengumpul maklumat dan menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Mangsa kini ditempatkan di rumah saudara atau jiran berhampiran. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]xGLaO0Dyu1Q[/wpdevart_youtube]

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd