• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Sedia Bantu Jakim Siasat Lelaki Mengaku Imam Mahdi

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Abdullah yang mengaku sebagai Imam Mahdi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan terhadap lelaki berkenaan.

“Saya harap orang itu menghentikan aktiviti tersebut dan tindakan akan dilakukan oleh Jakim tetapi KDN akan bantu mereka dalam penguatkuasaan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Imigresen 2015 di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata soal akidah tidak boleh ditolak ansur kerana ia adalah sesuatu yang harus dipegang oleh umat Islam.

“Apabila seseorang itu mengaku sebagai Imam Mahdi atau seumpamanya, mereka cuba untuk menyeleweng dan memesong akidah umat Islam, saya bimbang sekiranya tindakan lelaki itu tidak dibendung lebih awal, ia akan menimbulkan masalah pada masa depan,” katanya.

Khamis lepas, lelaki berkenaan hadir ke Malaysia untuk berdakwah kepada masyarakat di negara ini.

Muhammad Zubir mendakwa dirinya telah pun dibai’ah atau sumpah setia dan taat dan diperakui oleh 11 pengikutnya sebagai Imam Mahdi dalam satu upacara di Makkah pada 18 Julai lalu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yXlC5Ug0g7w[/wpdevart_youtube]

Tags: Jakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd