• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara China Masih Belum Izin Tayangkan Filem Star Wars

oleh AK-47
21/12/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIARPUN filem terkenal Star Wars: The Force Awakens sudah ditayangkan di kebanyakan negara di seluruh dunia, namun pemerintah China masih belum lagi memberi ‘kebenaran’ untuk menayangkan filem fenomena ini.

Filem ini sebaliknya hanya akan mula ditayangkan di seluruh pawagam China pada 9 Januari 2016.

Baca: Demam Star Wars, Peminat Berkampung Di TGV

Juga: Majlis Perkahwinan Bertemakan Filem Star Wars

Pasti ramai tertanya-tanya apakah punca utama yang ‘menyekat’ kepada penayangan filem besar Hollywood seperti Star Wars daripada ditayangkan di sana?

Punca utama kepada ‘penyekatan’ ini adalah berpunca daripada tindakan kerajaan negara tersebut sendiri.

Untuk pengetahuan anda, semua filem dari luar negara yang masuk ke China akan ditapis dan dipilih terlebih dahulu oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas industri perfileman di sana.

Mereka mempunyai hak untuk memilih dan menetapkan tarikh tayangan sesuatu filem yang dipilih.

Pihak kerajaan China bagaimanapun tidak pernah mengeluarkan sebarang alasan dan sebab munasabah mengapa sesetengah filem sahaja dipilih untuk ditayangkan di sana.

Namun apa yang jelas, mereka mahukan filem tempatan mereka sendiri terlebih dahulu mendominasi carta box office atau pecah panggung negara berkenaan.

Mereka juga percaya, sekiranya filem Star Wars dibawa masuk pada bulan ini, ternyata hasil kutipan bagi filem tempatan akan jatuh merudum, sesuatu perkara yang cuba dielakkan oleh pihak berkuasa di sana.

Justeru, peminat tegar filem terkenal ini di China perlulah bersabar untuk menyaksikan filem hebat ini. Ternyata inisiatif dijalankan oleh pihak kerajaan China merupakan satu inisiatif yang bagus.

Namun jika dilihat dari sudut persaingan, adakah filem tempatan mereka akan mampu pergi jauh sekiranya tiada persaingan secara sihat dari filem-filem luar negara? – CNN/MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sGbxmsDFVnE]

Tags: ChinaStar WarsThe Force Awakens
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd