• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teksi Bermeter Dijangka Jadi Pilihan Selepas Tambang ERL Naik

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan teksi bermeter dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 di Sepang dan sebaliknya dijangka menjadi pilihan orang ramai mulai bulan depan.

Ia berikutan kenaikan tambang kereta api Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.

Penasihat syarikat Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, ini kerana pengguna yang datang secara berkumpulan akan menikmati tambang lebih berpatutan berbanding tambang baharu ERL.

“Jika empat orang pengguna mereka hanya perlu membayar tambang purata RM130 untuk teksi biru dan RM60 untuk teksi merah bagi perjalanan sehala berbanding menaiki ERL dengan kadar yang lebih mahal iaitu RM220.

“Pada masa sama ia juga dijangka dapat meningkatkan jumlah pendapatan pemandu teksi terutama di sekitar Kuala Lumpur dengan pertambahan jumlah trip perkhidmatan itu kelak,” katanya pada sidang media di sini.

Pada 1 Disember lalu, Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd. Noor mengumumkan kadar tambang baharu ERL bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA dan klia2 daripada RM35 kepada RM55 mulai 1 Januari 2016.

Penstrukturan tambang baharu itu adalah kali pertama sejak ERL beroperasi pada 2002.

Shamsubahrin berkata, ketika ini jumlah perjalanan atau trip teksi bermeter dari Kuala Lumpur ke KLIA atau klia2 kira-kira 40 sehari dan jumlah itu dijangka meningkat sekali ganda pada tahun depan.

“Dulu, kadar tambang ERL RM35 menjadi saingan kepada industri perkhidmatan teksi namun kini (pada tahun depan) pemandu teksi perlu menganggap saingan itu telah tidak ada lagi.

“Orang ramai termasuk pelancong pula tidak perlu rungut kata mahal… sebenarnya ada alternatif lain iaitu guna perkhidmatan teksi… kami akan adakan promosi secara besar-besaran pada awal tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsubahrin berkata pihaknya bercadang mengemukakan saman sebelum akhir tahun ini ke atas perkhidmatan teksi Uber dan GrabCar yang dikatakan memasuki kawasan larangan operasi.

Pemandu dua perkhidmatan itu didakwa menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan di kawasan syarikat itu.

“Misalnya di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), hanya teksi yang berdaftar dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang tetapi Uber dan GrabCar didapati bertindak sebaliknya.

“Ini bercanggah dengan perjanjian antara syarikat kami dengan pengurusan KLCC… mereka (Uber dan GrabCar) tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian,” katanya.

Terdapat lebih 800 pemandu teksi berdaftar di bawah syarikat Teksi Premium Big Blue. – BERNAMA

Tags: ERLTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekerapan Operasi Tren ERL Ditambah Mulai 1 Ogos

Kekerapan Operasi Tren ERL Ditambah Mulai 1 Ogos

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Bermula 1 Ogos ini, perkhidmatan rel khas KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan menambah jumlah kekerapan operasi tren...

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd