• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksesori, Cecair Vape ‘Beracun’ Bernilai RM380,385 Dirampas

oleh Ahmad Albab
17/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Sebanyak 6,924 botol cecair berperisa untuk rokok elektronik atau vape dipercayai mengandungi nikotin dirampas dalam operasi bersepadu di tiga lokasi berasingan di sini, Selasa.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata turut dirampas dalam operasi yang bermula pada 4 petang itu adalah 190 unit aksesori vape bernilai RM380,385.

Katanya empat lelaki berusia antara 23 hingga 70 tahun ditahan dalam serbuan yang dilakukan di tiga premis iaitu dua di Taman Century dan satu di Larkin.

“Empat lelaki yang ditahan merupakan pemilik serta penjaga premis dan kesemuanya dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

“Serbuan dijalankan selepas tiga premis terbabit didapati melanggar pelbagai kesalahan antaranya menjual cecair berperisa vape dipercayai mengandungi nikotin selain menjalankan perniagaan dan mempamer iklan tanpa lesen,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini Khamis.

Selain itu, Wan Ahmad Najmuddin berkata kesalahan lain termasuk tidak meletakkan tanda harga dan kegagalan mendaftar alamat cawangan, tiada papan tanda perniagaan serta tidak pamer sijil pendaftaran.

Beliau berkata tindakan boleh diambil ke atas penjual vape mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Akta Racun 1952, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan akta lain berkaitan.

Selain Polis Diraja Malaysia, operasi bersepadu itu turut melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Sementara itu, Wan Ahmad Najmuddin berkata arahan kepada semua anggota dan pegawai polis yang berkhidmat di negeri ini telah dikeluarkan sebagai peringatan untuk tidak menghisap vape di dalam kawasan pejabat masing-masing.

“Saya sudah keluarkan arahan itu sejurus mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Johor dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana anggota dan pegawai polis di negeri ini yang melanggar arahan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Johorvape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan  Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Saya berdiri teguh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd