• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Digital Mall Diperluas Di Setiap Negeri Mulai Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, MARA Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT.

“Sebelum ini peluang Bumiputera untuk berniaga di pusat IT agak kurang diberikan dan sewa yang dikenakan terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak mampu.

“Namun kami lihat sektor IT mempunyai pasaran jangka panjang yang tinggi dan apa salahnya kami beri ruang dan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam sektor yang mempunyai potensi besar ini,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi dana terbaik PMB Investment dan pelancaran Brand Ambassador Programme di sini, hari ini.

Di samping itu, beliau berkata usaha itu juga bertujuan menghidupkan semula bangunan Mara sedia ada yang kurang mendapat sokongan akibat perniagaan yang tidak menonjol.

“Kami ada beberapa bangunan Mara yang perlukan penambahbaikan dari segi produk jualan kerana pembeli tidak mahu melihat pakaian dan makanan sahaja dijual, mereka mahukan lebih seperti barangan IT yang menjadi keperluan masa kini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri menolak dakwaan subsidi sewa selama enam bulan yang diberikan kepada peniaga di Mara Digital Mall itu sebagai tindakan ‘memanjakan’ golongan Bumiputera, sebaliknya ia sebagai strategi pemasaran.

Jelasnya subsidi sewa itu diberikan sebagai bantuan sementara bagi peniaga memulakan perniagaan selama tempoh enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan.

“Dulu semasa zaman saya ingin memulakan perniagaan, ada bangunan yang tempatnya maju dan dikenali ramai tetapi sewa bulanannya sangat mahal dan menjadi bebanan.

“Jadi kami memahami peniaga ini dan beri peluang stabilkan perniagaan dan dapat untung sebelum dikenakan sewa selepas enam bulan,” katanya menjawab kenyataan pihak tertentu mendakwa subsidi sewa selama enam bulan itu memanjakan peniaga Bumiputera.

Menyentuh mengenai Brand Ambassador Programme, Ismail Sabri berkata kempen berterusan dan agresif oleh kakitangan PMB Investment akan membantu meningkatkan jumlah pelabur terutama dalam kalangan golongan muda.

Brand Ambassador Programme merupakan strategi pemasaran yang menggunakan kereta milik kakitangan PMB Investment sebagai ruang iklan untuk mempromosikan jenama PMB. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd