• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Seminggu Mara Digital Mall Bukan Pengukur Tidak Berjaya

oleh Ahmad Albab
17/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan menegaskan pengoperasian MARA Digital Mall yang baru seminggu, tidak sepatutnya dijadikan ukuran bahawa pusat pengedaran barangan digital itu tidak berjaya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan beberapa syarikat digital terkemuka dunia juga telah memutuskan untuk membuka rangkaian perniagaan mereka di pusat digital itu.

Beliau berkata semua pihak sepatutnya tidak memperlekeh usaha kerajaan membantu meningkatkan ekonomi golongan Bumiputera menerusi pengoperasian MARA Digital Mall itu.

“Syarikat-syarikat besar seperti Apple, Samsung, Oppo dan HP (Hewlett-Packard) dijangka membuka outlet mereka penghujung bulan ini.

“Mana mungkin syarikat seperti ini mahu beroperasi tanpa menilai dahulu potensi MARA Digital Mall…pastinya mereka tahu tempat ini berpotensi besar untuk berkembang,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu mendakwa MARA Digital Mall yang mula beroperasi awal bulan ini, sebagai gagal kerana barangan dijual lebih mahal daripada Plaza Low Yat walaupun diberikan subsidi sewa selama enam bulan.

Ismail Sabri mengingatkan orang ramai agar tidak mudah melabelkan pusat digital itu sebagai gedung perkauman kerana setiap lapisan masyarakat bebas memilih untuk membeli walaupun ia dipelopori golongan Bumiputera.

Terdahulu, Ismail Sabri, yang juga Menteri Mentor Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghadiri Malam Penghargaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej/Non Residen (JPK/NR) di sini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada 46 bekas MPP dan JPK sesi 2014/2015 universiti berkenaan. – mStar Online

Tags: Ismail Sabri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd