• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Viral: Gara-Gara Kaki Ayam, 8 Kenderaan Kemalangan

oleh AK-47
19/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH lori yang membawa kaki ayam terbalik lalu ‘memuntahkan’ muatannya sebaik sahaja merempuh sebuah treler di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Kemalangan pukul 6.30 pagi itu membuatkan ribuan kaki ayam bertaburan di lebuh raya hingga menyebabkan keadaan jalan raya menjadi licin.

12342355_1198686436821042_5822288470719460168_n 12369098_1198685246821161_5177278200646141860_n 12376575_1198686653487687_6742097082110296515_nayamkakigolek1612.transformed

Keadaan ini turut mengakibatkan beberapa kenderaan lain terbabas dan hilang kawalan.

Jurucakap polis trafik daerah Kuala Muda berkata,  kejadian berlaku selepas lori membawa muatan kaki ayam itu gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang treler membawa muatan simen.

Tambahnya, pada masa yang sama, sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah lori cuba mengelak dari merempuh lori itu namun terbabas ke tepi lebuh raya, manakala kereta dipandu seorang wanita terhumban ke dalam longkang.

“Ketika kejadian lori terbabit dalam perjalanan dari Seremban untuk menghantar kaki ayam sejuk beku ke kawasan perusahan di Alor Setar.

“Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Difahamkan, satu kemalangan turut berlaku di arah bertentangan di lokasi sama disebabkan sebuah treler menekan brek secara mengejut.

Akibatnya, tiga buah kereta gagal mengelak lalu merempuh belakang treler. Semua mangsa hanya mengalami cedera ringan.

Gambar ribuan kaki ayam bertaburan di lebuh raya ini turut menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0R1bhEJQsRo]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Salahkan Pengundi Selepas Kalah Pilihan Raya – Ivone Low

Jangan Salahkan Pengundi Selepas Kalah Pilihan Raya – Ivone Low

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen meminta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook tidak cuba...

Facebook MB Ismail Lasim Kembali Pulih Selepas Alami Gangguan Teknikal

Facebook MB Ismail Lasim Kembali Pulih Selepas Alami Gangguan Teknikal

04/08/2026
0

SEREMBAN – Halaman Facebook rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang dilaporkan mengalami gangguan teknikal susulan trafik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd