• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Tiada Pertemuan Rasmi PAS-UMNO

oleh Ahmad Albab
15/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belum ada pertemuan rasmi di antara UMNO dan PAS walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang bagi kedua-dua parti itu untuk menjalin kerjasama.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata: “Setakat ini tiada pertemuan rasmi diadakan antara kedua-dua pemimpin tetapi mungkin ada pemimpin (lain) kedua parti yang sudah berjumpa.”

Bagaimanapun, fokus utama buat masa ini adalah penyatuan dalaman parti, katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan di sini hari ini.

“Yang penting bagi UMNO ialah menjaga rumah tangga kita…kita kena pastikan bahawa UMNO itu kuat…pemimpin-pemimpin parti bersatu dan di bawah tidak bercanggah,” tambah beliau, yang juga Menteri Pertahanan.

Hishammuddin berkata aspirasi itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“Kita mesti ada had dan batasan dalam berpolitik dan perkara yang menyentuh keselamatan, Islam dan kedudukan orang Melayu…saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan pertimbangan politik untuk agenda yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata apa yang berlaku di dalam UMNO adalah sebagai proses pendewasaan politik yang membina dan terserah kepada mana-mana pihak untuk menerimanya ataupun tidak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MBqr5lYjHRU[/wpdevart_youtube]

Tags: PASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerjasama dan rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd