• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bil Makan Tengah Hari 19 Orang, RM1,131… Melampau Atau Biasa?

oleh AK-47
18/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKEPING gambar yang menunjukkan resit sebuah gerai makanan laut yang didakwa mengenakan harga tidak munasabah kepada pelanggan kini menjadi viral di media sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Zuhairi Adnan itu menunjukkan resit hidangan makan tengah hari pada 12 Disember di Restoran Amin Floating, Langkawi, Kedah berjumlah RM1,131.

“Terkejut beruk dapat bil makan lunch tadi with famili RM 1,131.00…tengoklah tu harga ikan kerapu 4 ekor, mak aiii,” demikian antara tulisannya.

Harga yang dikenakan itu antaranya untuk hidangan ikan kerapu, sotong goreng tepung, telur dadar, sayur goreng dan minuman jus yang dinikmati Zuhairi bersama keluarga seramai 19 orang.

ikangggggg

Gambar resit berkenaan dikongsikan lebih 4,000 kali di Facebook serta mendapat reaksi daripada ramai netizen yang terkejut dengan harga dikenakan.

Seorang pengguna Facebook, Ryaikal Samsudin menulis: “Mahalnya, kalau tak boleh bayar macam mana ni? Lari la? Hahaha.”

Seorang lagi pengguna Rogayah Kah memberi komen, rakyat perlu memboikot restoran itu yang jelas mengenakan caj berlebihan kepada pelanggan.

Baca: Terkejut Bil Makan Malam Di Nando’s RM34,000!

Lagi: Kisah Sebenar Di Sebalik Harga Steak Bernilai RM9,388.50

Melihat isu ini mendapat perhatian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli tampil memberikan penjelasan.

Menurut Khalid, pelanggan sebenarnya boleh membuat anggaran caj yang perlu dibayar kerana senarai harga makanan sudah pun dipamerkan dalam menu.

“Harga ikan kerapu harimau segar memang mahal di Langkawi, namun pemilik restoran perlu mengenakan caj yang munasabah,” katanya kepada Bernama.

Khalid berkata, pihaknya sentiasa peka dengan rungutan berkenaan kos barangan dan perkhidmatan yang tinggi di pulau itu dan akan memastikan pengunjung mendapat perkhidmatan setimpal dengan bayaran yang dikeluarkan.

Bagaimanapun jelasnya, pengunjung juga perlu memahami kos yang terpaksa ditanggung oleh penyedia perkhidmatan.

“Harga sememangnya mempunyai kaitan dengan penawaran dan permintaan, namun kita tidak mahu harga (barangan dan perkhidmatan) dinaikkan secara melampau ketika ramai orang berkunjung ke Langkawi,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: hargaIkanmahalrestoran
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd