• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Hampir Dibunuh Taliban Terima Nobel Keamanan

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka, ketika berusia 15 tahun, gadis ini hampir terbunuh akibat ditembak oleh Taliban.

Salah satu peluru yang ditembak menembusi bahagian kepala, namun selepas berjuang dengan kematian, Malala Yousafzai akhirnya berjaya diselamatkan.

Kini, gadis berusia 17 tahun yang menjadi aktivis itu boleh berbangga kerana telah dianugerahkan Nobel Keamanan.

Anugerah tersebut turut diberikan kepada Kailash Satyarthi, seorang aktivis kanak-kanak dari India yang memperjuangkan hak golongan kanak-kanak yang dipaksa menjadi buruh.

Nobel Keamanan ini dianugerahkan kepada mereka berdua di atas kegigihan untuk menghadapi penindasan terhadap golongan kanak-kanak, juga ke atas hak kanak-kanak untuk mendapatkan peluang menimba pendidikan.

Menurut juri yang memilih mereka, anugerah nobel keamanan itu juga merupakan satu titik tolak ke atas agama Hindu dan Islam, dan negara India dan Pakistan untuk berkongsi peluang pelajaran dan menentang ekstremis. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

 

 

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan jerebu rentas sempadan yang ketika ini turut menjejaskan negeri itu khususnya...

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd