• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Dr Hassan Said Naib Canselor UiTM Yang Baharu

oleh Ahmad Albab
14/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu, berkuat kuasa 1 Feb depan, umum Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini.

Hassan, 60, menggantikan Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang akan tamat tempoh perkhidmatan sebagai Naib Canselor UiTM pada 31 Dis ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berhubung pelantikan itu, yakin Hassan dapat melonjakkan UiTM ke tahap lebih tinggi dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan beliau yang cemerlang.

Sebelum pelantikan itu, Hassan menyandang jawatan sebagai Naib Canselor dan Presiden Universiti Taylor’s dan merupakan bekas Ketua Pengarah Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah kedoktoran falsafah, juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design.

Menurut kenyataan itu, Hassan memainkan peranan penting dalam penubuhan universiti penyelidikan dan penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN).

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada Sahol Hamid atas perkhidmatannya sebagai naib canselor UiTM mulai 1 Januari 2010.

“(Sahol Hamid) telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak Bumiputera,” menurutnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7W7MlEPXr4A[/wpdevart_youtube]

Tags: UiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd