• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Tiga Lelaki Dipercayai Samun Dua Pelajar Kolej

oleh Ahmad Albab
13/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis Johor giat memburu tiga lelaki dipercayai menyamun dua pelajar di sebuah kolej swasta di Kempas, di sini, Sabtu malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai berkata gerakan mengesan ketiga-tiga suspek dengan seorang daripada mereka bersenjatakan pisau itu, giat dilakukan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyak.

“Kejadian samun berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika pelajar wanita dan lelaki berumur 18 dan 21 tahun itu, berada di tempat letak kereta di kolej berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek bertindak mengarahkan kedua-dua pelajar itu masuk ke dalam kereta mereka dan memaksa mangsa mengeluarkan barangan berharga,” katanya ketika dihubungi di sini Ahad.

Beh berkata kesemua suspek, kemudian turut mengarahkan pelajar berkenaan mengeluarkan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) di stesen minyak minyak berdekatan.

Menurut Beh, setelah berjaya mengeluarkan sejumlah wang tunai dari akaun bank pelajar wanita berkenaan, kesemua suspek terus bertindak melarikan diri bersama barangan yang disamun.

Katanya selain wang tunai, barangan lain yang dilarikan termasuk dua buah telefon bimbit, kunci kereta dan pelbagai kad ATM milik kedua-dua mangsa.

Menurut Beh, hasil siasatan polis percaya kesemua suspek masuk ke kolej berkenaan melalui kawasan pembinaan di belakang kolej memandangkan pintu masuk kolej berpagar dan berkunci serta mempunyai pengawal keselamatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun berkumpulan dan bersenjata, katanya. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd