• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki OKU Ditemui Terapung Di Sungai Losong

oleh Ahmad Albab
13/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Mayat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui terapung di Jeti Nelayan Sungai Losong di sini pagi ini.

Mayat Wan Asmadinata Wan Muda, 41, yang merupakan OKU kategori lembam dijumpai kira-kira pukul 10 pagi tadi oleh penduduk kampung yang curiga dengan objek yang terapung di permukaan air berhampiran jeti itu.

Seorang saksi, Zuraidi Mohd, 34, berkata pada awalnya beliau menyangkakan ia merupakan sampah yang hanyut, namun apabila dilihat lebih dekat ia adalah badan manusia.

“Bila ia terapung semakin dekat, barulah saya nampak sekujur tubuh sebelum terus pergi memaklumkannya kepada balai polis berhampiran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Difahamkan mangsa tidak pulang ke rumahnya sejak petang semalam sebelum ditemui lemas di sungai berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Nik Mohd Zain Nik Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Katanya mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Rusa itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan polis telah dihantar ke lokasi kejadian dan hasil siasatan awal terhadap mangsa, kita tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemasMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd