• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduh PAS Diresapi Fahaman IS, Mat Sabu Enggan Tarik Kenyataan

oleh Ahmad Albab
12/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamed Sabu hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan bahawa “PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (IS) atau pengganas Daesh”.

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk menarik balik kenyataannya walaupun PAS tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Mahu tarik apa? Apa punya laporan polis pun saya tak tahu. Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat PAS terhadap saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran PAN peringkat negeri di sini, Ahad.

Mat Sabu berkata kritikan kepimpinan PAS terhadapnya adalah hanya melalui tafsiran mereka sendiri dan beliau enggan menguals lanjut mengenai hal tersebut.

“Lebih baik kamu pergi tanya PAS mengenainya dan kenapa mereka kemukakan kenyataan berkenaan.

“Paling utama, kamu lihat sendiri berapa ramai yang hadir di majlis petang ini. Ini membuktikan bahawa kerjaya politik saya masih relevan dan tidak seperti digambarkan kepimpinan PAS,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini menyifatkan tuduhan Mat Sabu itu adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.

Nik Mohamad Abduh berkata tuduhan Mat Sabu itu disebabkan beliau sudah tidak ada modal untuk menjatuhkan PAS sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.

PAS Pulau Pinang turut membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang dikatakan mendakwa PAS mempunyai hubungan dengan militan Daesh dan Al-Maunah. – mStar Online

Tags: Mat SabuPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd