• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perajurit Muda Perlu Jaga Disiplin, Imej Dan Maruah TUDM

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Roslan Saad hari ini mengingatkan perajurit muda agar sentiasa memelihara disiplin diri, menjaga imej dan maruah pasukan beruniform itu.

Katanya mereka perlu menjauhkan diri daripada melakukan sebarang perbuatan yang melanggar etika, peraturan dan undang-undang Angkatan Tentera seperti penglibatan dalam aktiviti kumpulan militan Islamic State (IS), penyalahgunaan dadah, judi serta jenayah dera.

“Saya tegaskan di sini pucuk pimpinan TUDM tidak akan berkompromi dengan semua peringkat anggotanya yang melanggar tatatertib dan disiplin perkhidmatan serta undang-undang sivil,” katanya ketika berucap pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 53/2015 di sini.

Roslan turut mengingatkan mereka agar tidak sesekali membocorkan rahsia negara dan ketenteraan kepada mana-mana pihak yang tidak dibenarkan selain mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Beliau berkata mereka juga perlu matang dalam membuat penilaian dan berhemah ketika menggunakan kemudahan jaringan sosial di internet.

“Hindari daripada terbabit dalam aktiviti yang mendorong kepada gejala sosial songsang atau disalahgunakan sehingga memudaratkan diri sendiri dan perkhidmatan,” katanya.

Pada majlis itu, sejumlah 405 perajurit muda menyertai perbarisan yang berlangsung di Institut Latihan Tentera Udara Ipoh.

Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan Siri 53/2015 disandang Muhammad Khidier Ahmad Nazri, 22, dari Puchong, Selangor yang membolehkannya menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.

Perajurit Muda Akademik Terbaik Siri 53/2015 dirangkul Nur Ashila Zamri, 22, dari Klang, Selangor yang membawa pulang Piala Pusingan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara manakala Perajurit Muda Penembak Terbaik Siri 53/2015 pula diraih Muhammad Zainurrin Zainudddin, 19.

Kesemua pelatih, terdiri daripada 319 lelaki dan 86 wanita, berjaya menamatkan latihan asas perajurit muda selama 24 minggu yang bermula pada 1 Julai 2015. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]KHACuPewOdQ[/wpdevart_youtube]

Tags: TUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd