• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Siap Sedia 384,000 Anggota Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah bersedia sepenuhnya menghadapi keadaan banjir yang lebih teruk tahun ini, dengan sejumlah 384,000 anggota bakal dikerahkan ke semua lokasi banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya Ogu Salim Omar berkata JPAM juga mempunyai sebanyak 276 bot, 164 kenderaan pacuan empat roda dan 96 lori pelbagai jenis untuk digemblengkan bagi menyelamatkan mangsa dan menghantar bantuan kemanusiaan ke kesemua pusat pemindahan.

“Selain itu, kita akan bekerjasama dengan agensi lain yang terlibat dengan pengurusan bencana seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Agensi ini masing-masing mempunyai keanggotaan dan aset sendiri dan ia akan memudahkan tugas sekiranya berlaku bencana itu,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Bilik Gerakan Bencana JPAM negeri, di sini hari ini.

Ogu Salim berkata, JPAM juga menubuhkan sebanyak 2,524 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) di seluruh negara semenjak Oktober lalu bagi memberi bantuan awal kepada penduduk kampung terlibat banjir.

“Setiap pasukan ini dianggotai seramai 30 penduduk kampung yang telah diberi latihan asas kesiapsiagaan banjir termasuk memindahkan mangsa ke kawasan selamat sebelum agensi bertanggungjawab tiba di kawasan terjejas,” katanya.

Beliau berkata, persediaan lain yang turut dilaksanakan ialah menubuhkan sebanyak 15 pusat pengumpulan sumbangan di seluruh negara bagi memberi peluang kepada orang awam menyumbangkan pelbagai sumbangan kepada mangsa banjir.

Sejak beroperasi sebulan lalu, pusat itu, menerima sebanyak 1,000 rak pelbagai guna dari 1Malaysia for Youth (IM4U) dan 1,500 kampit beras dari Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk diagihkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan.

Menurut beliau, banjir pada tahun ini diramalkan tidak seteruk tahun lepas, namun langkah berjaga-jaga harus diambil kira bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, akan berlaku luruan angin musim sejuk dari Siberia mulai 17 hingga 19 Dis ini dan angin ini membawa hujan.

“Bagaimanapun, fenomena El-Nino (keadaan panas tegak) juga terbentuk pada masa sama di Lautan Pasifik dan keadaan itu akan menarik angin sejuk ke tengah-tengah laut dan ini akan mengurangkan keadaan banjir dalam negara,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]SnWA35fDC7o[/wpdevart_youtube]

Tags: BanjirJPAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd