• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Selangor, Azmin Ali Kini Sah Bergelar Datuk Seri

oleh
21/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mendahului senarai 75 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor bersempena Hari Keputeraan ke-70, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Jumaat.

Syed Anwar yang juga Pengerusi DRB-Hicom Berhad dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali merupakan penerima tunggal Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) tahun ini yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Ahli Dewan di-Raja Selangor yang juga Orang Besar Istana, Tengku Datuk Paduka Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj dikurnia Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) yang membawa gelaran ‘Datuk Setia’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka Setia’ bagi wanita.

Turut menerima S.S.I.S ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Zawawi Salleh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Mendahului senarai lapan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita ialah Ketua Hakim Syarie Selangor, Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Penerima lain D.P.M.S ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datuk Nik Shuhaimi Nik Sulaiman; Felo dan Pensyarah Universiti Oxford, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti; Timbalan Dekan Siswazah dan Hal Ehwal Antarabangsa, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr. S. Balachandran; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Puasa Md. Taib; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Mohd. Zaki Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd., Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak.

Baca: Ahli PKR Kecewa Azmin Belanja RM9.7 Juta Cantik Pintu Gerbang

Juga: Pakatan Harapan – DAPSY Kecam Azmin Perlekeh Pendirian DAP!

Seramai 10 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita.

Mereka ialah Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Raja Reza Raja Zaib Shah Alhaj; Timbalan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Ong Thiam Hock.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Universiti Teknologi Mara, Profesor Norsaadah Ismail; Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datin Dr. Nooral Zeila Junid dan Pengarah Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor, Ang Nai Har.

Dekan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Abdul Jalil Nordin; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Mohamad Nasir Ab. Latif; Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd., Datuk Azmi Abdul Aziz;

Pengarah MCT Konsortium Bhd., Cheah See Yeong dan Pengerusi United Malacca Bhd., Tan Siok Choo yang merupakan anak kepada bekas Presiden MCA, mendiang Tun Tan Siew Sin.

Seramai enam orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.).

Mereka ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM, Kapten P. Pulendren; Pengarah Cawangan Kontinjensi Bahagian Rancang Markas Angkatan Bersama, Tentera Udara Diraja Malaysia. Kolonel Mohamed Nazri Dashah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abd. Razak; Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Azmi Adnan; Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais dan Pengarah Urusan, Strategi Kumpulan dan Pembangunan Korporat, Sunway Group Sarena Cheah Yean Tih.

Sementara itu, seramai lapan orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) termasuk Pelukis Himpunan Koleksi Spesies Burung di Malaysia Jaafar Taib.

Seramai 55 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.), 16 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh penerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Azmin AliSultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd