• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Antara Bumiputera Berjaya Hasil Perjuangan UMNO – Tok Pa

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tanpa bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin UMNO, saya dan ramai Bumiputera daripada golongan termiskin tidak berpeluang ke sekolah dan tidak akan dapat keluar daripada kesempitan hidup.”

Itu luahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang percaya apa dikecapinya hari ini adalah hasil daripada dasar-dasar diperkenalkan kerajaan sejak dahulu.

Beliau mengakui dirinya tergolong dalam kumpulan dimaksudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini pada Khamis.

Dalam ucapan itu, Najib yang juga Presiden Umno menyatakan pelbagai kejayaan diraih dan dinikmati rakyat, antaranya dalam bidang pendidikan telah melahirkan ratusan ribu graduan cemerlang yang akhirnya menjadi cendekiawan, teknokrat, ulama dan usahawan.

Najib menjelaskan ikhtiar UMNO selama ini, telah merubah landskap kehidupan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada lebih baik ataupun disebut mobiliti sosial.

Najib kemudian memberi beberapa contoh di mana anak-anak golongan miskin kini berjaya memegang jawatan penting dalam negara.

“Ada juga yang dulu-dulu keluarganya terpaksa berpindah dari pedalaman kejalan besar, semata-mata supaya anaknya itu dapat didedahkan kepada arus pembangunan negara dan menjadi lebih terbuka lagi terdidik.

“Tindakan keluarga itu ternyata membawa manfaat. Hari ini, tokoh politik dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu, telahpun berjaya menjadi seorang menteri,” kata Najib, yang difahami merujuk kepada Mustapa.

Mustapa yang lebih mesra dengan panggilan Tok Pa, dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 1950 dan dibesarkan dalam suasana yang sukar, namun berpeluang mengubah masa depannya hasil pelbagai bantuan kerajaan pada masa itu.

Ketika ditemui Bernama bagi mengulas ucapan Najib itu, Mustapa berkata bantuan disediakan kerajaan, khas kepada golongan Bumiputera membuka banyak peluang kepada anak muda melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Beliau yang melanjutkan pelajaran di luar negara seperti di Universit Melbourne, Australia (Ijazah Ekonomi) dan Universiti Boston, Amerika Syarikat (Ijazah Sarjana Ekonomi), berkata apa yang dilakukan kerajaan sejak dahulu hingga sekarang berjaya melahirkan ramai lagi profesional dalam kalangan Bumiputera yang bermula dengan kehidupan sukar sepertinya.

“Kejayaan terbesar Dasar Ekonomi Baru ialah melahirkan Bumiputera berkelulusan tinggi yang menjadi profesional dan memasuki golongan menengah. Dasar-dasar BN juga membolehkan mobiliti sosial hingga mampu meningkatkan pendapatan masyarakat Bumiputera di luar bandar.

“Saya tidak akan lupakan jasa BN kepada saya dan keluarga. Yang penting ialah kita gunakan sepenuhnya peluang diberi oleh kerajaan bagi menjadi insan yang kompetitif supaya Bumiputera bukan saja berjaya di Malaysia, tetapi juga di peringkat global,” katanya.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]4UVf7kcpKVk[/wpdevart_youtube]

Tags: UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd