• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Rugi RM500,000 Rumah Dimasuki Penyamun

oleh Ahmad Albab
10/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM500,000 setelah banglo mewah yang didiami di Seksyen 13 di sini dimasuki empat lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan parang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun bersama isteri dan dua anaknya, masing-masing berumur tiga tahun dan enam bulan, sedang tidur di bilik tingkat atas banglo berkenaan.

“Empat suspek yang memakai topeng muka kemudian memecah masuk ke banglo mangsa dengan memanjat tangga dari pintu belakang.

“Selepas berjaya mengumpil pintu dan memasuki bilik tidur, suspek terus mengikat ahli perniagaan itu lalu menggeledah bilik berkenaan.

“Mereka berjaya melarikan barangan berharga milik mangsa termasuk telefon bimbit, jam tangan dan barangan kemas yang kesemuanya bernilai kira-kira RM500,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Shafien berkata kesemua suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 30-an melarikan diri ke arah Lebuhraya NKVE berdekatan sebelum memasuki hutan bersempadanan Bukit Kemuning di sini.

Katanya polis yang menjejaki suspek kemudian menemui telefon bimbit milik mangsa yang dipecahkan suspek dalam hutan berkenaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Shafien menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam dari penyandang jawatan Supt Ruslan Abdullah kepada Supt Nek Zaidi Zakaria yang sebelum ini berkhidmat di Cawangan D1 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ruslan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Selangor yang baharu.

Pada majlis itu, Shafien turut menyampaikan surat penghargaan kepada seorang operator kilang, Aina Affida Che Abdul Aziz, 21, atas kejayaannya membantu polis menahan seorang suspek kes ragut berdekatan Kem Bumi Jati dekat sini pada 26 Nov lepas. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd