• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Harapan Terbaik Orang Melayu Dan Bumiputera – Najib

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dengan jumlah kejayaan yang tidak terhitung dalam membantu masyarakat Melayu dan Bumiputera di negara ini, UMNO adalah harapan terbaik dalam mempertingkatkan taraf kehidupan mereka.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agenda Bumiputera oleh UMNO bukan lagi sekadar agenda nasional, sebaliknya kini sudah diangkat dan diiktiraf di persada dunia.

“Kita sesekali tidak apologetik dalam mempertahankan Agenda Bumiputera,” katanya dalam ucapan dasarnya yang bertemakan “UMNO: Menyempurnakan Sebuah Perjuangan” semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib, yang juga Perdana Menteri turut berikrar akan bermati-matian untuk terus memimpin perjuangan mulia ini bagi membela nasib orang Melayu dan Bumiputera.

UMNO mesti terus menjulang kepentingan dan kedudukan bangsa serta keturunan Melayu dan Bumiputera di tanah tumpah darahnya sendiri, katanya.

Najib berkata selama puluhan tahun di bawah kepimpinan UMNO yang menonggak kerajaan, pelbagai kejayaan telah diraih dan dinikmati termasuk memperkukuhkan dasar pendidikan negara, sehingga melahirkan ratusan ribu graduan cemerlang, para teknokrat, ulama dan usahawan cemerlang.

“Realitinya, ikhtiar UMNO selama ini telah merubah lanskap kehidupan orang Melayu dan Bumiputera kepada yang lebih baik ataupun disebut mobiliti sosial yang berlaku secara menegak, dalam tempoh hanya satu generasi,” katanya.

“Contohnya: Anak buruh kasar telah menjadi Menteri, anak penoreh getah menjadi Timbalan Menteri dan Ketua Menteri, anak nelayan telah menjadi Menteri Besar, anak petani dan pekebun menjadi Ketua Setiausaha, ahli-ahli korporat serta pemimpin-pemimpin masyarakat,” katanya.

Najib turut mengambil contoh mengenai seorang tokoh yang satu ketika dahulu susah tetapi kini memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan sebagai Ketua Setiausaha Negara.

“Saya tersentuh hati, apabila dimaklumkan bahawa, betapa sukar dan susahnya hidup sewaktu membesar dulu, ada hari makan gulai berlauk ikan kembung, manakala esoknya pula hanya dapat menjamah kuahnya sahaja. Tapi sekarang, Alhamdulillah, tokoh penjawat awam yang saya sebutkan ini, dah pun menjawat jawatan begitu tinggi, yakni sebagai Ketua Setiausaha Negara.

“Jelas sekali, sebegitu banyak warna-warna kejayaan orang Melayu dan Bumiputera, yang telah dilakar dan dilukis hasil perjuangan UMNO, tidak terungkap oleh kata-kata, tak terhitung pula oleh angka,” katanya.

Presiden UMNO berkata menjelang usia ke-70 Mei tahun depan, UMNO akan memegang rekod sebagai parti yang berjaya mempertahankan kemampuan dan kalibernya, mengemudi Malaysia yang pesat membangun, sejak dulu, kini dan selamanya.

Malah Perhimpunan Agung UMNO telah menjadi tempat untuk memuktamadkan usul-usul sehingga menjadi dasar negara, dan di perhimpunan UMNO juga lahir usul untuk mewujudkan sebuah universiti iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), selain nasib penjawat awam dibela, dan Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan.

“Dan yang paling utama, di jamaah dan himpunan inilah, syiar agama Islam dipertinggikan, dan di perhimpunan inilah juga orang Melayu menghitung masa depan keturunan mereka agar tidak merempat di watan sendiri,” katanya.

Perdana Menteri berkata selama berdekad-dekad, UMNO telah menyongsong pembawaan syiar Islam, yang memenuhi tuntutan kerangka Maqasid Syariah.

“Sampai kini, Malaysia semakin dikenali sebagai sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, seraya menjadi contoh dalam kalangan negara membangun serta negara Islam yang lain di dunia. Kita bukan beromong kosong, fakta ini dikukuhkan melalui Indeks Syariah Malaysia, yang saya lancarkan pada 10 Februari 2015 yang lalu… sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

“Insya-Allah,… awal tahun hadapan hasil penilaian pertama bakal diumumkan dan bersandarkan dapatan ini,… saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri berikrar dan berjanji akan komited sepenuhnya untuk memperkembangkan dan mempertinggikan syiar Islam di Malaysia,” katanya.

Najib berkata dalam mengangkat syiar Islam di negara ini, kerajaan yang ditunjangi UMNO tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Walaupun dengan pelbagai kejayaan yang dicapai oleh parti itu, Najib melahirkan kekecewaan dengan sikap segelintir pihak yang cuba menjatuhkan parti itu.

“Malangnya ada sesetengah pihak yang telah dan sedang menebuk lubang bahtera perjuangan ini, dengan tujuan menenggelamkan lawannya. Sayang seribu kali sayang, mereka terlupa bahawa tindakan khianat sedemikian, bukan setakat boleh melemaskan pihak lawannya, akan tetapi, akhirnya yang karam dan tenggelam, adalah seluruh bangsa keturunan dan tamadun kita ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPAU 2015UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd