• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 14 Warga Indonesia Di Perairan Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 14 warga Indonesia termasuk seorang tekong dan lima awak-awak di perairan Malaysia, 53 batu nautika barat daya Pulau Pangkor, di sini, semalam.

Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata dalam kejadian pukul 1.40 tengah hari itu, Kapal Maritim (KM) Nyalau yang diketuai Left Madya Maritim Khairul Faizal Mohd Asli mengesan kedudukan bot nelayan itu dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota maritim, bot nelayan berkenaan cuba melarikan diri ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot itu mendapati terdapat lapan PATI (pendatang asing tanpa izin) sedang bersembunyi dalam bilik enjin bot berkenaan,” katanya dalam sidang media di Pejabat APMM DM3, di sini hari ini.

Zulinda berkata hasil siasatan mendapati lapan PATI itu termasuk seorang wanita dalam perjalanan pulang ke Indonesia sebelum dipindahkan dari tongkang ke bot nelayan berkenaan di tengah laut dengan bayaran antara RM200 dan RM300 seorang.

Zulinda berkata kesemua PATI yang ditahan berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dan pihaknya percaya ramai PATI menggunakan bot nelayan sebagai transit untuk pulang ke negara asal kerana kos yang lebih murah selain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1)(a) kerana menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Seksyen 26(j) kerana melakukan aktiviti penyeludupan PATI,” katanya.

Beliau berkata kes itu merupakan yang ke-14 membabitkan nelayan Indonesia dengan tangkapan sebanyak 78 orang sejak awal tahun ini dan bot berkenaan kini berada di Jeti Pusat Tahanan Vessel, Kampung Baru. – BERNAMA

Tags: APMMPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd